Selasa, 20 April 2021

Janji

Andai aku mampu putar detik waktu
Disaat kau bersamaku mengungkap kata

Aku akan kotakan janjiku
Walau ianya mustahil bagiku
Akanku cuba laksanakannya
Agar kau tersenyum bahagia

Janji yang diucap kini derita
Namun aku harus menelan jua
Melihat kau tersenyum bahagia
Disamping dia yang kau cinta

Walaupun perit untuk ditelan
Jarum yang patah usah disimpan
Bangkitlah dan terus melangkah
Biar perlahan tidak lelah

Janji pada diri
Waktu yang beredar
Biarkan saja ia pergi
Waktu yang tersisa
Jangan dipersia lagi
Kerana yang terbaik
Pasti sedang menanti.